Sunday, March 13, 2011

sedihnya

1 March 2011 (selasa)
aku call adek aku guna public skolah (perlu ke aku mention skolah punya public ? haha) nak wish bufday die. pastu mengebang sebentar bersama beliau, aku mintak nak cakap ngan ibu. tapi, die kate ibu kuar. aku tanya g mana. adik aku cakap tengok tok aku masok hosp. (wht?! aku tak tau pun). oke,, mmg aku tak tau sbb aku kol umah pon seminggu skali. then, aku soal selidik adik aku. dia kate tok masuk hosp sbb kene strok. aku mula la gabra. then bleh die tambah kate trok dalam nada selamba gaya-tak-da-pape-blaku. cis. 


3 March 2011 (khamis)
habes skolah pukol 2.30, aku turun kelas nak g solat. tengah jalan beduet2 ngan aimi syairah, tetibe aku nampak sebiji kete wane ijau tengok-no-plat-macam-kenal..aku dak cuak dah time tu. ake pegang aimi.aku cakap kete aku tu mi. kete aku. aku pusen aku tengok kakak aku nek kelas.aku keja punya keja. sampai atas kakak aku cakap ''tok tenat''. waa waktu tu air mata memang dah sedia nak jatuh dah. aku pon banjir time situ gak. kakak aku soh masuk klas kemas barang sket pastu chow sitiawan. walah, time tu aku x pikir malu ke ape, aku nanges je. otak aku mula pikir bukan2 je. otw balik, aku nanges je dalam kete, then kakak aku bg yasin soh sedekah kat tok. aku baca dengan linangan air mata. petang tu g hosp, siyes aku tak sangka aku kene ngadap tok aku dalam keadaan cam tu. pakai wire sana sini. bantuan oks lg. aku baca yassin sebelah die sambil nanges. aku tau bende tu tak baik. tapi, dah tak leh tahan. air mata banyak sgt dalam badan. huh. waktu nak balik tu, bapak aku cakap ''panggil la tok. cakap kamu balik''. aku gelng kata aku tak sanggup nak cakap. then bapak aku cakap ''ayah,, ni arifah datang ni''. waa menangis la aku kat situ. tok aku tak bagi respon pon. 


6 March 2011
waktu ni tok aku diorang dah bawak balik rumah. aku time ni plak dah nak balik seratas. esoknya exam. so aku ngan kakak aku siap2 nak balik pastu singgah jap umah tok. tengok diorang bagi tok baring kat ruang tamu. sedara mara ade yang tengah baca yassin, ade yang dok dapur. aku terus amek yassin nak sedekah kat tok aku mintak boleh sembuh. pagi tu, wakt kat hosp doc ckp kidney tok aku dah tak function. satu2 organ kene infection sbb tok aku dah tak kuat. lepas sedekah yassin, aku dok sebelah tok aku pegang tangan die. usap tangan die. pukol 3 bapak aku suruh balek taiping ngan kakak aku. pukol 3, aku cium dahi tok aku mintak maaf segala. aku mmg tak tahan bila nak sebut words tu kat tok aku. then aku salam mak bpk aku. bapak aku kata redha je ape blaku lepas ni. then, aku mintak nak bawak fon kat skolah. in case ade pape, aku tau jugak.


10 March 2011
lepas habes prep malam aku balik dom macam besa. aku g loker tros on fon. on je fon, banyak mesej masuk. aku bukak mesej from kakak aku, die cakap 'achik, tok da tak da'..aku cam cya tak caya. aku tengok ade miskol dri mak aku. aku bukak mesej mak aku mak aku tules 'tok dah meninggal lepas isyak'. waa..kali ni mmg aku pcya. aku menangis terus. tatau nak cakap ape. aku kol mak aku malam tu, aku tak pikir dah mpp tengok aku pgg fon ke ape,. mak aku cakap sok kakak aku bawak balik lepas subuh. 


11 March 2011
lepas subuh aku balik ngan kakak aku. dalam kete dua2 diam tatau nak cakap ape. aku direct g umah tok dengan baju batik skolah nye. masuk rumah aku tengok ramai orang dah. masuk2 aku tros g kat jenazah. aku salam mak aku, salam bapak aku pastu bapak aku soh g tengok tok. kakak aku bukak kain yang tutup muka tok. sumpah, aku tak leh tengok muka die. tak sangka nya aku. last aku tengok last balik bbm. tok sihat. die nasihat kami cam bese. kali ni aku tengok just jasad die. aku tengok tok dikafankan. aku tengok tok di bawa ke tanah pekuburan. aku tengok tok dikebumikan. sume aku tengok. siyes kami adek badek je antara cucu yang menanges waktu tok kene kafan. sbb kami je yang rapat dengan die. waktu cium tok kali terakhir, sejuknya pipi tok. berubahnya muka tok. bila, org pakaikan macam kopiah kat tok siyes muka tok macam kami slalu tengok. muka tok nak pegi masjid.


siyesly, tengok satu pemergian org yang terdekat mmg sakit. even, bukan mak sendiri, bukan ayah sendiri tapi kami mmg rapat ngan tok. die akan gembira bila kami adek badek dapat result baik2 sume. die yang kami bawak bila kami celbrate kejayaan kami. die yang akan nasihat kami adek badek soh blaja. die yang akan tanya khabar kami bile salah sorang dari kami tade. tapi, tok yang the only one aku ade, Allah dah ambil balik hak dia. tak de dah tok yang duduk petang2 kat buaian tengok kami sampai rumah die. tak de dah tok yang nak bagi nasihat kat kami setiap kami kami nak exam. tak de dah tok nak rai kejayaan kami. 


siyesly, kami adek badek terasa pemergian tok. kami sume mesti rindu tok nanti time raya. time kami datang rumah tok. time kami cerita pasal tok. time kami tengok gambar tok. mesti kami rindu tok. waktu raya nanti mesti lain. selalu kami salam tok ngan opah. tapi tahun ni, kami lawat tok kat kubur tok. kami sedekah yassin untuk tok. insyaAllah doa kami takkan putus untuk tok.


semoga tok aman kat sana. insyaAllah. - al-Fatihah -

No comments:

Post a Comment